Thursday, October 28, 2010

LAWATAN DARI SK DESA PETALING, KUALA LUMPUR

 28 Oktober 2010 - Hari ini kami menerima lawatan secara mengejut dari SK DESA PETALING yang diketuai oleh Cikgu M.NISHAN. Tujuan mereka adalah melawat negeri Melaka. Bagi memenuhkan jadual mereka, mereka telah memilih Melaka Batik House sebagai destinasi seterusnya. Kami amat berbangga kerana sekolah tersebut sudi singgah di tempat kami.

Kehadiran mereka disambut baik oleh pihak kami. Pelawat dibawa ke bengkel untuk penerangan tentang batik dan Melaka Batik House.

penerangan daripada Penyelaras Acara
Pelajar merasai Lilin yang telah dilukis atas kain

      
Pelajar tekun mendengar penerangan daripada Puan Fadhlina


Selepas itu, mereka dibawa ke atas iaitu Bilik Pameran Melaka Batik House dimana menempatkan produk batik untuk dibeli oleh pengunjung.

Ada yang membeli Air Roselle
Pelajar membeli kain sarong buat ibu mereka
Pelajar memilih cenderahati untuk dibawa pulang

Guru juga tidak melepaskan peluang membeli baju Batik
Pemandu Pelancong sempat juga bergambar
Dipenghujung kunjungan mereka guru-guru sempat bergambar di hadapan pintu masuk Melaka Batik House sebagai kenang- kenangan.

Guru Pengiring SK.DESA PETALING
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK DESA PETALING melawat ke tempat kami. Kunjungan seterusnya amat dialu-alukan oleh Pihak MELAKA BATIK HOUSE.

Tuesday, October 26, 2010

LAWATAN DARI SMK KHATOLIK, MELAKA DAN UNIVERSITI MULTIMEDIA MELAKA (MMU)


26 Oktober 2010 - Dua lawatan sambil belajar oleh SMJK. Khatolik dan Universiti Multimedia  Melaka(MMU) telah diadakan di Melaka Batik House.

9.00 pagi - Ketibaan lawatan dari SMJK Khatolik seramai 66 orang murid dan 4 orang guru pengiring di Melaka Batik House.Mereka menunjukkan minat yang mendalam bagi memahami BATIK. Mereka terdiri daripada India Muslim dan Cina. Walaupun Batik bukanlah tradisi mereka tapi mereka begitu berminat sekali. Di sinilah kami dapat memperkenalkan dan memartabatkan Seni Tradisi Melayu iaitu Batik..







5.00 petang - Ketibaan lawatan dari Universiti Multimedia Melaka (MMU) seramai 36 orang dan 4 orang pengiring di Melaka Batik House. mereka terdiri daripada Pelajar dan Jabatan Luar Negara yang merupakan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dalam bidang Groupware Applications For Electronic Commerce (GAEC 2010). 

Mereka terdiri daripada pelajar dari 18 buah negara yang ditaja oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (MORFA) iaitu dari Uganda,Sudan,Indonesia,Filipina, Egypt, Zimbabwe, Myanmar, Nepal, Maldif, Laos, Yaman, Vietnam, Brunei, Afganistan, Syrian, Tragiskistan, Terkimenistan dan Bhutan. 

Mereka menunjukkan minat yang mendalam sehingga ada yang mencuba mewarna dengan dipantau oleh En.Syed Hasmadi.

Selepas itu mereka di bawa ke Bilik Pameran.







Merupakan pengiring kepada Pelajar MMU













































Selepas itu kami bergambar buat kenang-kenangan bersama Pelajar MMU di pintu hadapan Melaka Batik House.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada SMJK Khatolik dan Universiti Multimedia Melaka (MMU) kerana sudi melawat di Melaka Batik House. Terima kasih juga kepada semua Staff MBH yang terlibat bagi menjayakan program ini.





















Tuesday, October 19, 2010

SAMBUTAN HARI JADI STAFF MBH

 MBH telah mengadakan satu jamuan hari jadi untuk dua orang staff iaitu Sazrina dan Nadiah. Jamuan dihadiri oleh semua staff MBH termasuk Pengurus, Isteri dan anak.Jamuan disambut dengan meriah sekali. Ada yang membawa ahli keluarga bagi memeriahkan lagi sambutan hari jadi mereka.Jamuan bermula jam 8 malam.

Sesi memotong kek oleh dua orang staff yang diraikan. kek coklat tu...

Sesi pemberian hadiah kepada mereka.
  
Menjamu selera...ada rendang daging, nasi himpit, lontong, bihun dan sambal sotong...semuanya disediakan oleh Ibu abang Azmi...sedap tu....lepas ni giliran siapa pula ye???? Tungguuuu.....

Tuesday, October 12, 2010

FESTIVAL FESYEN DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI) 2010

 Melaka Batik House telah dijemput untuk menyertai Festival Fesyen DMDI 2010 yang telah diadakan di Melaka International Trade Center (MITC) pada 9 Oktober 2010. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Utama Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia.

Festival yang pertama kali diadakan di Melaka ini telah melibatkan pereka-pereka fesyen dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Afrika Selatan. Pereka-pereka terkenal seperti Rizman Ruzaini , Hatta Dolmat, Rosmaria, Mona J, Ita Yunas dan ramai lagi telah dijemput untuk turut memperagakan koleksi mereka.

Pereka Fesyen Noor Arfa Batek @ Melaka Batik House (MBH), Azhar Zainal, menampilkan koleksi beliau ' Sweetness of Beauty' dengan menonjolkan elemen batik dalam rekaan busana muslimah ini. Penggunaan satin, chiffon, CDC, serta koshibo menjadi pilihan dalam koleksi ini.


 Dari kanan Pn. Noor Hijerah (pengarah eksekutif Noor Arfa Batek), En. Wan Mohd Hafiz (pengurus MBH)
Pn. Ismanisa (pembantu pengurus MBH), En. Wan Mohd Ariffin (pengerusi eksekutif Noor Arfa Batek),
Azhar Zainal (designer Noor Arfa Batek)

 
 Barisan Pereka Fesyen Festival Fesyen DMDI 2010

 Toh Puan Zurina melihat rekaan Azhar Zainal
Bersama YABhg Datin Seri Utama Rosmah Mansor



'Sweetness of Beauty' by Azhar Zainal MBH