Thursday, October 28, 2010

LAWATAN DARI SK DESA PETALING, KUALA LUMPUR

 28 Oktober 2010 - Hari ini kami menerima lawatan secara mengejut dari SK DESA PETALING yang diketuai oleh Cikgu M.NISHAN. Tujuan mereka adalah melawat negeri Melaka. Bagi memenuhkan jadual mereka, mereka telah memilih Melaka Batik House sebagai destinasi seterusnya. Kami amat berbangga kerana sekolah tersebut sudi singgah di tempat kami.

Kehadiran mereka disambut baik oleh pihak kami. Pelawat dibawa ke bengkel untuk penerangan tentang batik dan Melaka Batik House.

penerangan daripada Penyelaras Acara
Pelajar merasai Lilin yang telah dilukis atas kain

      
Pelajar tekun mendengar penerangan daripada Puan Fadhlina


Selepas itu, mereka dibawa ke atas iaitu Bilik Pameran Melaka Batik House dimana menempatkan produk batik untuk dibeli oleh pengunjung.

Ada yang membeli Air Roselle
Pelajar membeli kain sarong buat ibu mereka
Pelajar memilih cenderahati untuk dibawa pulang

Guru juga tidak melepaskan peluang membeli baju Batik
Pemandu Pelancong sempat juga bergambar
Dipenghujung kunjungan mereka guru-guru sempat bergambar di hadapan pintu masuk Melaka Batik House sebagai kenang- kenangan.

Guru Pengiring SK.DESA PETALING
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK DESA PETALING melawat ke tempat kami. Kunjungan seterusnya amat dialu-alukan oleh Pihak MELAKA BATIK HOUSE.

No comments: