Tuesday, October 26, 2010

LAWATAN DARI SMK KHATOLIK, MELAKA DAN UNIVERSITI MULTIMEDIA MELAKA (MMU)


26 Oktober 2010 - Dua lawatan sambil belajar oleh SMJK. Khatolik dan Universiti Multimedia  Melaka(MMU) telah diadakan di Melaka Batik House.

9.00 pagi - Ketibaan lawatan dari SMJK Khatolik seramai 66 orang murid dan 4 orang guru pengiring di Melaka Batik House.Mereka menunjukkan minat yang mendalam bagi memahami BATIK. Mereka terdiri daripada India Muslim dan Cina. Walaupun Batik bukanlah tradisi mereka tapi mereka begitu berminat sekali. Di sinilah kami dapat memperkenalkan dan memartabatkan Seni Tradisi Melayu iaitu Batik..







5.00 petang - Ketibaan lawatan dari Universiti Multimedia Melaka (MMU) seramai 36 orang dan 4 orang pengiring di Melaka Batik House. mereka terdiri daripada Pelajar dan Jabatan Luar Negara yang merupakan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dalam bidang Groupware Applications For Electronic Commerce (GAEC 2010). 

Mereka terdiri daripada pelajar dari 18 buah negara yang ditaja oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (MORFA) iaitu dari Uganda,Sudan,Indonesia,Filipina, Egypt, Zimbabwe, Myanmar, Nepal, Maldif, Laos, Yaman, Vietnam, Brunei, Afganistan, Syrian, Tragiskistan, Terkimenistan dan Bhutan. 

Mereka menunjukkan minat yang mendalam sehingga ada yang mencuba mewarna dengan dipantau oleh En.Syed Hasmadi.

Selepas itu mereka di bawa ke Bilik Pameran.







Merupakan pengiring kepada Pelajar MMU













































Selepas itu kami bergambar buat kenang-kenangan bersama Pelajar MMU di pintu hadapan Melaka Batik House.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada SMJK Khatolik dan Universiti Multimedia Melaka (MMU) kerana sudi melawat di Melaka Batik House. Terima kasih juga kepada semua Staff MBH yang terlibat bagi menjayakan program ini.





















No comments: