Tuesday, November 16, 2010

SALES UP TO 70%!!!

SALES UP TO 70% FOR NOOR ARFA PRODUCT!!!!!

 FROM
15 NOVEMBER 2010
UNTIL
05 JANUARY 2010

COME TO MBH NOW!!!!!!







Friday, November 12, 2010

LAWATAN DARI SR PENDIDIKAN KHAS MUAR, JOHOR

11 NOVEMBER 2010 - Kami menerima lawatan dari SR PENDIDIKAN KHAS MUAR, JOHOR seramai 21 murid, 20 guru dan 4 ppm pada jam 9.00 pagi. Lawatan diketuai oleh Pn. Norasidah. Kami sungguh berbesar hati kerana pihak sekolah sudi datang melawat ke tempat kami.

Kedatangan mereka disambut baik oleh pihak MBH dan mereka telah diberi penerangan tentang batik dan teknik-teknik mewarna batik. Mereka dibantu oleh guru masing-masing untuk mewarna. Mereka sungguh berbakat walaupun mempunyai kelainan upaya...

Tekun mereka mewarna




Setelah siap mereka bergambar bersama hasil masing-masing dan mereka telah dibawa melawat ke bilik pameran. Seronok mereka membeli cenderahati untuk dibawa pulang dan kenang-kenangan.





Guru-guru juga tidak melepaskan peluang...


Mereka bergambar kenang-kenangan


5 yang terbaik dipilih


Tempat Pertama

Setelah selesai acara penyampaian hadiah mereka mengambil hasil masing-masing untuk dibawa pulang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi melawat ke tempat kami. Terima kasih juga kepada staff MBH yang terlibat. Lawatan yang seterusnya amat dialu-alukan.

50% UNTUK PRODUK NOOR ARFA!!!!!

12 NOVEMBER 2010- 14 NOVEMBER 2010

MELAKA BATIK HOUSE MEMBUAT PROMOSI POTONGAN HARGA 50% UNTUK MEMBERSHIP!!!! DATANGLAH SEKARANG DAN DAPATKAN PRODUK NOOR ARFA DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERBALOI-BALOI!!!!!!!!


Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN DARI SRA JAIM SELANDAR, MELAKA

10 NOVEMBER 2010- Kami menerima lawatan dari SRA JAIM SELANDAR seramai 75 murid dan 10 guru pengiring pada jam 10.15 pagi. Mereka telah membuat DIY BATIK iaitu mewarna batik. Kehadiran mereka disambut baik oleh staff MBH...


Mereka telah diberi penerangan tentang batik, sutera dan songket. Mereka diberi penerangan lebih lanjut dengan dibawa ke bengkel batik kami.




Seterusnya mereka dibahagi kepada 19 kumpulan dan diberi penerangan mewarna batik dan teknik-teknik mewarna. Adik-adik ini tekun mendengar penerangan dari Cikgu Syed Hasmadi.



Mereka terus mewarna mengikut kretiviti masing-masing.





Hasil salah seorang pelajar
Sementara menunggu hasil warna mereka kering dan pemilihan pemenang dinilai, mereka dibawa ke tingkat atas bagi melihat produk batik yang telah disiap untuk dipasarkan. Seronok mereka membeli cenderamata di Melaka Batik House.





Setelah selesai membeli dan melihat produk batik mereka berkumpul semula di bawah bagi sesi penyampaian hadiah.
Pemenang ke-2
Pemenang tempat Pertama
 Dihujung acara mereka telah mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk MBH.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi datang membuat lawatan dan aktiviti yang kami anjurkan. Lawatan seterusnya amat kami alu-alukan. Terima kasih juga kepada staff MBH yang terlibat.

Tuesday, November 9, 2010

LAWATAN DARI SK PULAU INDAH, KLANG

09/11/2010 - Kami menerima lawatan dari SK PULAU INDAH, KLANG seramai 36 orang pada jam 2 petang. Kehadiran mereka disambut baik oleh staff MBH. Mereka telah melawat di bahagian bengkel untuk penerangan membuat Batik.

Seterusnya mereka dibawa ke tingkat atas di bilik pameran bagi melihat produk batik dan membeli apa yang memikat hati.















Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi melawat ke tempat kami. Kunjungan yang seterusnya amat dialu-alukan.