Friday, November 12, 2010

LAWATAN DARI SR PENDIDIKAN KHAS MUAR, JOHOR

11 NOVEMBER 2010 - Kami menerima lawatan dari SR PENDIDIKAN KHAS MUAR, JOHOR seramai 21 murid, 20 guru dan 4 ppm pada jam 9.00 pagi. Lawatan diketuai oleh Pn. Norasidah. Kami sungguh berbesar hati kerana pihak sekolah sudi datang melawat ke tempat kami.

Kedatangan mereka disambut baik oleh pihak MBH dan mereka telah diberi penerangan tentang batik dan teknik-teknik mewarna batik. Mereka dibantu oleh guru masing-masing untuk mewarna. Mereka sungguh berbakat walaupun mempunyai kelainan upaya...

Tekun mereka mewarna




Setelah siap mereka bergambar bersama hasil masing-masing dan mereka telah dibawa melawat ke bilik pameran. Seronok mereka membeli cenderahati untuk dibawa pulang dan kenang-kenangan.





Guru-guru juga tidak melepaskan peluang...


Mereka bergambar kenang-kenangan


5 yang terbaik dipilih


Tempat Pertama

Setelah selesai acara penyampaian hadiah mereka mengambil hasil masing-masing untuk dibawa pulang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi melawat ke tempat kami. Terima kasih juga kepada staff MBH yang terlibat. Lawatan yang seterusnya amat dialu-alukan.

No comments: