Wednesday, June 29, 2011

LAWATAN DARIPADA PETRA CHRISTIAN UNIVERSITY

Pada 28 June 2011, Melaka Batik House menerima lawatan daripada Petra Christian Univerity seramai 15 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.


Mereka tiba dalam pukul 11.30 pagi dan disambut oleh kakitangan Melaka Batik House, mereka diberi penerangan oleh En. Syed Hasmadi Tuan Dalam berkisar sejarah Noor Arfa dan Melaka Batik House.


 Kemudian, mereka dibawa melawat ke ruang demo batik lukis dan batik terap. Disitu, mereka diberi penerangan secara langsung tentang proses batik lukis dan batik terap di laksanakan.


Mereka juga diberi gambaran jelas berkaitan visi dan misi Noor Arfa menggunakan video yang disediakan.


Kemudian, mereka dibawa melawat ke pusat jualan Melaka Batik House.


Akhir sekali, sebagai tanda kenangan, wakil kedua belah pihak bertukar cenderahati untuk dibuat kenangan.


Kami mengucapkan terima kasih kepada Petra Christian University kerana melawat tempat kami. Semoga ilmu yang diperoleh dapat digunakan sebaiknya.

Kepada universiti tempatan, kami juga mengalu-alukan kedatangan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 06 - 2323 900.

No comments: